MASUK IKLAN ANDA (FREE IKLAN SETIAP 5 JAM)

Klik Saja

Saturday, August 22, 2009

HADITH:Nescaya Tersiksa

Nescaya Tersiksa !

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab

(diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya:”Bukan-

kah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan

pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq: 8)” Jawab baginda:”Itu belum

pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang

yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.”

(Muslim)

Huraian
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas

kematian telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu

di dalam al-Quran. Berkumpulnya umat Islam dari berbagai bangsa dan ba-

hasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) adalah menjadi

gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk

menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia. Hisab di akhirat

adalah mudah dan ringan sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan ber-

iman dan bertaqwa kepada Allah dan akan menjadi sukar dan payah bagi

orang-orang yang banyak melakukan dosa dan kemungkaran apatah lagi

jika mereka yang mati dalam keadaan kufur kepada Allah S.W.T. Sesungguh-

nya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk

menerima balasan selepas dihisab. Oleh yang demikian, sebelum kita dihisab

di akhirat kelak hisabkanlah diri kita terlebih dahulu dan mohonlah keampunan

daripada Allah S.W.T kerana “tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhan

mu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di 7

langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar,

melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.(Yunus: 61).

Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang diberi kemudahan oleh Allah

pada hari kiamat kelak.

No comments: