MASUK IKLAN ANDA (FREE IKLAN SETIAP 5 JAM)

Klik Saja

Saturday, August 22, 2009

*UNTUK SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN..

UNTUK SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.... ......... .


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu
pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta

kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6
RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia .. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para
pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba
senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan
aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!
Dan siapakah yaNg menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera
mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian
putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang
berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba
dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang
melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai
sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba
-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa
yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu
dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang
dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu
pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!"..
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah
kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al
-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas
misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Peristiwa 7
Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel .
Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-
tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada
sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan
burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat

tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut
dibedil oleh tentera Yahudi.

Peristiwa 8
Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara
sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat
melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan
mudah.

Peristiwa 9
Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.

Peristiwa 10
Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.

Peristiwa 11
Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan
bahawa kandungannya adalah bayi perempuan .. Sebaik suaminya syahid
dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah
seorang lelaki.

Peristiwa 12
Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan
lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang
lebih ramai.

Peristiwa 13
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza , hendak dikebumikan diliang lahad
ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka
dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5
tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah
Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang
pengasas dan pemimpin HAMAS.






No comments: